PEMILIHAN TAPAK KIOSK KUMPULAN DBS 5B
Pada 11
Januari 2013, semua ahli Kumpulan DBS 5B telah ditugaskan untuk menjalankan
aktiviti gotong royong pembersihan tapak kiosk dan pemilihan tapak kiosk di
Dataran Y.E.S-( Youth Entrepreneur Station ), Politeknik Seberang Perai. Aktiviti ini telah dihadiri oleh hampir
keseluruhan ahli kumpulan DBS 5B. Pelbagai bahan peralatan bagi tujuan
pembersihan turut dibawa bagi memudahkan urusan pembersihan dijalankan.
Namun begitu,
dimaklumkan bahawa pihak asrama akan
menggunakan dataran tersebut pada hujung minggu untuk menjalankan aktiviti
mereka. Oleh itu, pihak kumpulan DBS 5B membuat keputusan untuk menangguhkan
aktiviti gotong royong secara menyeluruh pada hari Isnin, 14 Januari 2013 pada
sebelah petang.
Ahli kumpulan
DBS 5B kemudiannya meneliti tapak kiosk yang disediakan bagi memilih tapak yang
sesuai untuk menjalankan perniagaan. Setelah perbincangan dilakukan, semua ahli
mencapai kata sepakat untuk memilih tapak kiosk di sebelah kanan yang terdapat
di Dataran YES bagi menjalankan perniagaan sepanjang semester ini.
Ahli
kumpulan melakukan beberapa pembersihan
di tapak berkenaan dan mencabut banner yang telah ditinggalkan oleh kumpulan
terdahulu. Selain itu, pengurus projek, Muhammad Azizan telah menampal memo di
tapak kiosk yang dipilih bagi menunjukkan bahawa tapak tersebut telah dipilih
oleh kumpulan DBS 5B bagi menjalankan perniagaan.
Setelah
aktiviti pembersihan dilakukan, pengurus projek mengingatkan kembali kepada
semua ahli bahawa aktiviti gotong royong seterusnya akan dijalankan pada 14
Januari 2013 dan berharap agar semua ahli dapat memberikan kerjasama sewajarnya
kerana perniagaan dijangka akan dimulakan di kiosk tersebut pada 15 Januari
2013. Ahli kemudiannya dibenarkan bersurai.
No comments:
Post a Comment